Tanggungjawab Sosial

Pertaruhan lazimnya dianggap sebagai sejenis aktiviti rekreasi yang membawa keseronokan dan kepuasan kepada pemain. Pasukan Regal88 mempercayai bahawa keputusan untuk melakukan pertaruhan sepatutnya adalah atas kerelaan pemain sendiri dan BUKAN tindakan yang dipengaruhi oleh orang lain. Pembekalan pengalaman pertaruhan yang terunggul kepada para pemain kami adalah keutamaan kami.Pertanggungjwaban yang harus dipikul oleh setiap pemain semasa dalam pertaruhan serta kewajipan yang harus dilakukan oleh kami, kedua-duanya memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat tersebut di atas.

Jangan sekali-kali melakukan pertaruhan jika:

  • Anda di bawah umur untuk berjudi berdasarkan kuat kuasa undang-undang di negara kelahiran anda.
  • Ia memesongkan perhatian anda daripada kerja yang anda sedang lakukan atau kewajiban yang dipikul.
  • Anda sedang beransur pulih dari ketagihan atau penagihan yang boleh menimbulkan masalah ketidakseimbangan minda dan emosi.
  • Anda sedang di bawah pengaruh alkohol atau bahan-bahan yang lain.
  • Anda sedang cuba untuk menebus kembali segala kerugian dalam pertaruhan.
  • Jika anda tidak dapat mengawal tabiat berjudi serta aktiviti berjudi menjadi sesuatu keperluan, dan bukannya sesuatu yang anda ingin buat, anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan profesional secepat mungkin.

Ramai orang melihat aktivit berjudi sebagai satu permainan rekreasi dan ia merupakan satu cara yang seronok dan selamat untuk mengisi masa lapang serta menambah keriangan dalam kehidupan harian yang bosan. Namun begitu, terdapat sekumpulan kecil orang yang menghadapi masalah perjudian. Penjudi kompulsif dan penjudi yang tertagih telah mencemarkan imej positif dan nama baik kasino dalam talian dan kasino atas tanah yang adil. Seperti kakitangan kasino atas tanah yang lain, kakitangan Regal88 telah dilatih untuk mengenalpasti pemain yang mempunyai masalah perjudian. Tujuan kami adalah untuk memberikan satu platform permainan yang selesa, di mana semua orang dapat menikmati permainan ini. Pada masa yang sama, kami juga ingin membantu mereka yang memerlukan bantuan kami. Regal88 akan membuat sedaya upaya dari segi sosial untuk kebaikan semua pemain dan masyarakat kami secara umum.

Gamblers Anonymous merupakan satu organisasi yang terkenal dalam membantu orang yang mempunyai ketagihan berjudi. Mereka adalah satu kumpulan sokongan yang disertai oleh orang yang mempunyai misi yang sama, iaitu untuk berhenti berjudi secara kompulsif. Mereka berkongsi pengalaman, memberi sokongan dan harapan antara satu sama lain untuk mengatasi ketagihan berjudi. Jika anda atau orang kesayangan anda memerlukan bantuan mereka, sila hubungi mereka di: www.gamblersanonymous.org